Hari ini :

Pages

Pengakuan duda-isteriku berzinar dlm kereta

KEPADA PEMBACA SEKELIAN, BACALAH KISAH HIDUPKU INI, MOGA-MOGA IA MENJADI TELADAN DAN PENGAJARAN BUAT SEMUA. AKU MERUPAKAN SEORG EKSEKUTIF KANAN DISALAH SEBUAH SYARIKAT ANTARABANGSA. MANAKALA ISTERIKU PULA SEORG MODEL. MEMANG AKU AKUI, KAMI ADALAH PASANGAN YG CUKUP SEPADAN, IBARAT PINANG DIBELAH DUA SEHINGGA RAMAI RAKAN-RAKANKU CEMBURU KERANA AKU MEMILIKI SEORG ISTERI YANG BUKAN SAHAJA CANTIK, MALAH LEMAH LEMBUT, SOPAN DAN SEORG IBU YANG PENYAYANG KEPADA CAHAYA MATA TUNGGAL KAMI.

Namun itu dulu, sebelum isteriku bersara dari bidang peragaan dan membuka sebuah salun. Sejak setahun lalu, kuperhatikan, sikapnya mula berubah dan asyik pulang lewat malam. Alasannya sibuk menguruskan salun dan terpaksa bertemu pelanggan pada waktu malam. Bukan hanya aku yg diabaikan, malah anak kami mula merungut kerana ibunya sering kali memungkiri janji. Namun begitu, dia masih menjalankan kewajipannya sebagai seorg isteri biarpun kadang-kadang aku rasa dia seolah-olah terpaksa melakukannya terutama ketika diatas katil.
Walaupun beitu, aku tak pernah memaksa apatahlagi menegurnya. Lama kelamaan sikapnya semakin berubah, malah setiap kali menerima panggilan telifon ketika dirumah, pasti dia akan membawa diri ke bilik ataupun ke ruang dapur bagi mengelakkan aku mendengar perbualannya. Dia juga tak pernah meninggalkan telefon bimbitnya sekalipun ke bilik air.

KECURANGAN TERBONGKAR

Suatu hari, nak dijadikan cerita, sewaktu isteriku sedang mandi kebetulan telefonnya yang berada dalam beg tangannya berbunyi tanda ada mesej masuk. Aku pantas membuka peti mesejnya dan terus membaca.
"Lepas kerja tunggu ditempat biasa, bye sayang." Mesej tersebut membuatkan hatiku bergelora dan apabila menyedari isteriku sudah siap mandi, aku cepat-cepat memadam mesej tersebut dan terus keluar dari bilik. Kemudian aku terus ke dapur utk bersarapan dan isteriku sudah siap berpakaian lengkap turut sama bersarapan.
Selepas habis kerja, sengaja aku tidak pulang kerumah seperti biasa sebaliknya aku menuju ke salun isteriku dengan menggunakan kereta yg dipinjam dari rakanku. Aku kemudiannya menelifon isteri kononnya aku pulang lewat dan mengajaknya keluar makan malam bersama, namun dia menolak dengan alasan ada pelanggan yg harus di temuinya.

RAKAM PERBUATAN ZINA

Hatiku berdetik, pati dia mahu berjumpa dengan org yang menghantar mesej pagi tadi. Hampir sejam menunggu didalam kereta, aku lihat isteriku keluar dari salun dan terus menaiki sebuah kereta yg dinaiki seorang lelaki muda kebetulan baru sampai. Tanpa berlengah, aku terus mengekori mereka sehinggalah sampai ke sebuah restoran. Mereka menuju ke dalam restoran sambil berpimpin tangan. Lama menanti di luar, akhirnya mereka keluar dan terus menuju ke arah kereta. Aku terus mengekori mereka sehinggalah sampai di kawasan tempat letak kereta di salun isteriku, mereka berhenti dan mematikan lampu dan enjin kereta.
Suasana ketika itu gelap dan tiada orang lalu lalang. Aku cuba melihat apa yg mereka lakukan, namun tidak nampak kerana terlalu gelap. Akhirnya aku teringat camera video di dalam kereta yg sengaja kubawa utk mengambil gambar bukti kecurangan isteriku. Lantas aku terus menghidupkan fungsi video kamera dalam keadaan gelap.
Alangkah terperanjatnya apabila ku lihat, mereka sedang berasmara. Kulihat baju yg dipakai oleh isteriku sudah terdedah menampakkan segalanya. Kedua-duanya sudah terlanjur jauh dan tak ku sangka, isteriku sanggup berzina dengan lelaki lain. Setelah berjaya merakamkan perbuatan mereka sehingga habis, aku terus memecut kereta dan pulang ke rumah. Dalam masa yang sama juga, aku terus menelifon ahli keluarga aku dan juga keluarga mertua dan meminta mereka datang kerumah segera tanpa memberitahu hal sebenar. Kebetulan juga, rumah mertua dan keluargaku tidaklah jauh mana dari rumah aku.
Setelah kedua belah keluarga tiba, mereka bertanyakan apa yg terjadi, lantas aku menceritakan hal sebenar. Pada awalnya mereka semua tidak percaya, namun setelah aku menunjukkan bukti semuanya tergamam dan ibu mertuaku menangis tak berhenti-henti. Setelah lama menanti, barulah isteriku pulang dan dia terkejut melihat ramai yang berada dirumah kami. Ayah mertuaku yang berang terus memukul dan menampar isteriku.

CERAI TALAK SATU

Keadaan mula kecoh, namun aku menyabarkannya. Aku terus bertanyakan hal sebenar pada isteriku namun dia menafikan hal tersebut. Apabila ditunjukkan bukti yang ku ambil, dia begitu terkejut lantas menangis sambil sujud memegang kakiku memohon ampun serta berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut. Namun hatiku sudah tertutup buatnya. Dengan bersaksikan keluarga kami, aku melafazkan talak satu padanya. Dengan bukti yg ada, aku berjaya mendapat hak penjagaan anak. Selepas itu, aku tidak lagi bertemu dengan bekas isteriku itu. Namun aku ada mendengar yang dia sudah berkahwin dengan lelaki tersebut namun jodoh mereka tak panjang dan akhirnya mereka bercerai. Manakala aku masih sendirian dan kini memulakan kehidupan baru bersama anak kesayangan ku...


mmmm...apa kah perasaan anda sekiranya terjadi begini pada anda??

wahai sang isteri, beringatlah....syurga dibawah tapak kaki suami sekiranya kita sudah berumahtangga......sebaiknya kita bersyukur apa yg telah dianugerahkan dari yg maha esa utk kita...
Sayangilah suami anda lebih dari segala-galanya...

About this entry

Comments
1 Comments
  1. salam saudara..
    memang trajik
    dan sedih bila
    menbaca pengalaman
    sebegini..moga di jauhkan
    nauzubillah minzalik..

Post a Comment

 

© Copyright  2009