Hari ini :

Pages

Lydiawati, suami cerai secara baik

BANTING 5 Mei - Aktres Lydiawati dan suaminya hari ini mencapai kata sepakat

bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat dekat sini.

Azhar Mohd. Zar, 35, seorang ahli perniagaan melafazkan cerai talak satu terhadap

Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Zaimon 43, di hadapan hakim syarie, Mohd.

Fauzi Ismail pada pukul 11.47 pagi.

Dalam prosiding yang sama, mahkamah merekodkan persetujuan yang dicapai

bersama pasangan itu sebagai perintah iaitu: Azhar dikehendaki memulangkan

barang-barang perkahwinan atau nilaiannya berjumlah RM67,000 kepada Lydiawati.

Azhar juga dikehendaki membayar nafkah edah dan mutaah berjumlah RM30,000 dan tungggakan nafkah RM6,000 kepada Lydiawati

About this entry

Comments
0 Comments

Post a Comment

 

© Copyright  2009