Hari ini :

Pages

Guna alat tiruan untuk bantu sejahtera

SOALAN

SAYA sudah berumahtangga hampir lima tahun tetapi isteri saya tidak pernah mencapai klimaks sepanjang bersama.

Selalunya bila bersama, faraj isteri kurang basah (kering) dan dia mengadu pedih.

Untuk mengatasi masalah itu kami biasanya menonton filem ‘orang dewasa’, tapi masalahnya saya akan tewas awal dan isteri akan merungut tidak ‘sampai’.

Untuk pengetahuan doktor, isteri juga ada menyatakan zakar saya tidak sampai ‘dalam’ dan menyukarkannya untuk mencapai klimaks.

Baru-baru ini, saya mencari zakar tiruan untuk membantu isteri mencapai klimaks dan ia ternyata berkesan kerana isteri mudah sampai dan saiz zakar tiruan turut membantunya.

Adakah alat bantuan seks ini boleh digunakan atau ia membahayakan hubungan kami untuk jangka masa panjang? Apakah perkara ini dibenarkan?

SUAMI SERBA SALAH
Rawang, Selangor


JAWAPAN

Hubungan seksual antara pasangan lelaki dan wanita membabitkan rangsangan anggota tubuh badan mereka berdua.

Rangsangan itu boleh dilakukan dengan sentuhan tangan, jari, mulut, lidah dan juga alat pembantu seks seperti zakar palsu dan alat bergetar.

Mungkin yang mustahak ialah keterbukaan minda dan penerimaan pasangan mengenai cara dan teknik untuk ‘bersama’.

Jika alat pembantu seks digunakan, ia mestilah sesuai untuk tujuan itu selain selamat dan tiada kesan sampingan. Jadi alat itu perlu dijaga dengan baik dan dibersihkan sesudah dan sebelum dipakai.

Nampaknya pasangan anda selesa dengan cara ini dan anda pula tidak senang dengannya. Jadi anda perlu berterus terang dengannya mengenai perasaan anda.

Jika masalah anda ialah cepat klimaks dan anggota kelamin kecil, mungkin anda perlu cari jalan untuk mengatasinya.

Kini ada pelbagai rawatan untuk mengatasi masalah cepat klimaks dan juga mengubah bentuk dan saiz anggota kelamin secara selamat, melalui pakar yang berkenaan.

Anda juga boleh meluaskan lagi pengetahuan mengenai hubungan seks melalui bimbingan seksual dengan pakar dan bukan sekadar menonton video lucah yang tidak memberi apa-apa panduan betul kepada anda berdua.

Anda boleh gunakan alat pembantu seks itu sekadar untuk adegan pemanasan dan apabila pasangan dapat nikmat sentuhan anda tadi dengan menggunakan alat itu, kemudian anda boleh memainkan peranan secara biasa.

Apabila anda berjaya menambah saiz dan bentuk anggota kelamin serta dapat meningkatkan daya tahan ejakulasi, anda boleh mengurangkan penggunaan alat pembantu seks atau menggunakannya hanya pada waktu yang diperlukan.

Jika anda tidak berusaha, dibimbangi alat pembantu seks akan mengambil alih tugas dan tanggungjawab anda dalam hubungan seks bersama isteri! Kerana ada kemungkinan penggunaan alat pembantu seks boleh menyebabkan isteri anda ketagih.

Setahu saya, penggunaan alat pembantu seks tidak salah daripada pandangan Islam jika dilakukan dengan kerelaan pasangan.

Jika penggunaan itu bertujuan menghalang kehamilan dan membuatkan pasangan malas mahu bersama secara biasa, mungkin itu batasan penggunaannya.

Jika mahu berjumpa saya, sila ke Damai Service Hospital, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (www.dsh.com.my)

About this entry

Comments
0 Comments

Post a Comment

 

© Copyright  2009