Hari ini :

Kemaskini - Tragedi Di KB Mall: 2 Terbunuh, 2 Cedera Parah

Iklan








Sebuah kereta jenis Ford Laser TX3 berwarna kuning dipercayai dipandu dengan laju dibahagian atas tempat letak kereta Pasaraya KB Mall dan merempuh dinding penghadang lalu tembus ke bahagian tengah escalator utama Pasaraya KB Mall sehingga mengakibatkan kematian 2 orang pengunjung dan 2 lagi dilaporkan parah.

Mereka yang terbunuh dikatakan sedang berada diatas escalator sebelum ditimpa oleh kereta tersebut yang jatuh dari tempat letak kereta tingkat 3 bangunan KB Mall. mereka yang terbunuh dan tercedera dimaklumkan sebagai pelajar Kolej Masterskill Kota Bharu yang berjunjung ke KB Mall.

Mangsa, Siti Nor Amira Samsuddin 19, Siti Nor Diana Azman 18 dan Rashidah Ahmad Lutfi 24, berada dieskalator berkenaan ketika kejadian berlaku. Siti Nor Amira yang cedera parah dikepala, terbunuh ditempat kejadian, manakala Siti Nor Diana menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke hospital setelah mengalami pendarahan yang teruk di kepala.

Seorang lagi mangsa, Rashidah yang cedera parah masih berada di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu.

Bagaimanapun, pemandu dan penumpang kereta berkenaan dipercayai melarikan diri dan
gagal dikesan sehingga kini. pihak KB Mall telah menghentikan dengan serta-merta semua operasi perniagaan didalam KB Mall sebaik sahaja kemalangan tersebut berlaku. tidak diketahui berapa hari operasi perniagaan akan dihentikan berikutan pihak KB Mall terpaksa melakukan kerja baik pulih yang banyak.

Setakat ini, jumlah kerugian masih belum diketahui dan punca sebenar kejadian juga masih dalam siasatan pihak polis.
Kereta jenis Ford Laser TX3 yang tersepit ditengah-tengah escalator setelah terjunam dari tempat letak kereta, bahagian atas KB Mall
Darah mangsa yang tercedera setelah terhempap kereta yang terjunam
Mangsa yang terbunuh ditingkat 3 KB Mall
Kereta tersebut dikatakan dipandu dengan laju dari lokasi ini dan merempuh tembok lalu terjunam kedalam KB Mall
Orang ramai memenuhi bahagian hadapan KB Mall sebaik khabar angin KB Mall runtuh tersebar
Lokasi dimana kereta tersebut tembus kedalam KB Mall dan terjunam ditengah-tengah escalator

Sempat Lagi Mencuri

Dalam perkembangan berkaitan, 3 remaja lelaki telah ditahan didalam KB Mall oleh para pegawai yang bertugas setelah dikesan cuba mencuri pakaian ketika para pegawai bertugas sedang sibuk melakukan kerja-kerja pembersihan dan siasatan kemalangan tersebut.

Ke 3-3 remaja tersebut yang dikenal pasti berasal dari Pengkalan Chepa telah ditahan setelah seorang pengawal menahan mereka yang dikesan memakai beberapa lapis pakaian yang dicuri. ke 3-3 remaja tersebut kemudiannya ditahan dan dibawa ke bilik pengawal KB Mall dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis.
Ke 3-3 remaja yang ditahan kerana mencuri sedang disoal-siasat pihak polis didalam bilik keselamatan KB Mall
Aku baru perasan kereta ni rupanya pakai enjin Ford B8 180 (turbo)... kalau korang biasa dengan enjin turbo, mesti korang dapat cam "intercooler" standard B8 180hp dekat bawah tu... ni baru B8 180 beb... kalau B8 210, mau tembus terus dekat seberang sana... aku rasa owner kereta ni tengah "test power" kereta dia dekat atas tu kot... B8 180, masuk gear 2 tekan minyak sampai boost cecah 1.3 bar... nah kau..! terrrjunam..! ni kena siasat betul-betul nih... musykil...

Ada shooting filim "Fast & Furious KB Mall Drift" ke..?
Read On 0 comments

Terbaru Dipasaran: Perak Darul Kartun..!

PERAK DARUL KARTUN :
Iklan







*Dapatkan Segera Dipasaran..!

PERAK DARUL KARTUN
:
  • Harga = RM10 / naskah
  • Ketebalan 80 muka surat tidak termasuk kulit muka (dengan penambahan 12 muka surat berbanding Gedung Kartun
  • Hubungi = Pejabat 03 22344931 atau website cartoonkafe.com
  • Cetakan pertama = 10,000 naskah
DS Ir Nizar Lancar Perak Darul Kartun Ahad Ini..!

Menteri Besar Perak Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin akan melancarkan komik Perak Darul Kartun. Turut bersama dalam Majlis pelancaran adalah Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali.
  • Ahad 13 Disember 2009.
  • 4 petang.
  • Pusat Khidmat Rakyat Dun Bukit Antarabangsa, No 2, Lorong Perak, Pusat Bandar Taman Melawati, Hulu Kelang, Kuala Lumpur.
Read On 0 comments

Nik Aziz yakin Allah makbulkan doa rakyat yang dizalimi

GOMBAK, 6 Dis: Menteri Besarnya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam melahirkan rasa yakin bahawa Allah akan memakbulkan doa rakyat Kelantan yang dizalimi disebabkan kerajaan pusat enggan memberi wang royalti minyak pada kerajaan negeri.
Iklan







"Kalau orang kafir (berdoa) pun, Allah janji akan makbulkan doanya kerana dizalimi, inikan pula orang Islam dan berjuang Islam di Kelantan," jelasnya dalam Himpunan Perpaduan Ummah 'PAS For All.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menegaskan bahawa beliau tidak kecewa jika ada pihak tertentu mengkritik saranannya bahawa rakyat Kelantan akan berdoa agar Najib dibinasakan.

Beliau juga melahirkan rasa tidak kisah dengan laporan negatif beberapa media massa, sebaliknya suka dengan beberapa kritikan tersebut.

"Hari-hari surat khabar (arus perdana) caci saya, saya sengeh (kerana) suka."

Baginya, berdoa sama ada memohon sesuatu hajat atau menolak sesuatu kezaliman merupakan sesuatu yang digalakkan oleh Rasulullah s.a.w.

"Bila kita ikut Nabi, jadikan doa sebagai senjata mukmin, maka ada orang yang marah."

Dalam ceramah selama 20 minit di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar, Beliau turut melafazkan doa khusus kepada Najib.

"Ya Allah ya Tuhanku, tolong buka hati Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya Perdana Menteri Malaysia perbetulkan fikirannya (lalu) beri (royalti minyak) petrol (milik) Kelantan)," doa Nik Aziz

"Minta perbetulkan pandangan Najib kalau dia berniat baik (dan) kalau berniat jahat (maka) musnahkannya."

"Kalau kamu (Najib) jahat, takkan nak suruh saya doa ya Allah, kau tolonglah orang yang jahat."

Sebelum pada itu, Kelab Penyokong PAS berbangsa India, Bala Subramaniam berpendapat bahawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu melahirkan rasa terkejut dengan saranan doa Nik Aziz agar Najib dibinasakan disebabkan kezaliman Perdana Menteri itu.

Ujarnya lagi, sepatutnya Muhyiddin menasihatkan Najib agar segera bertaubat dari melakukan kezaliman.

Nada yang sama turut ditegaskan oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

"Saya orang bukan Islam pun percaya bahawa Tuhan akan membantu rakyat yang dizalimi, kenapa Muhyiddin dan Najib tidak percaya doa Tok guru," ujarnya.
Read On 0 comments

Ahli Parlimen PAS rakam tahniah kepada Nik Aziz dan Ariffahmi

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Ahli parlimen PAS merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman kerana mendahului keputusan parti berbanding kepentingan peribadi dan keluarga.
Iklan







Ahli parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusuf Rawa dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi tadi berkata, tindakan Nik Aziz yang menerima keputusan parti untuk menasihati Ariffahmi meletakkan jawatan merupakan satu tindakan yang mempamerkan ketinggian integriti beliau sebagai seorang Menteri Besar.

"Kami (ahli parlimen PAS) mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Kelantan (Nik Aziz) kerana telah menerima keputusan yang telah dibuat oleh PAS pusat agar beliau menasihati Ariffahmi meletakkan jawatan."

"Ini satu tahap integriti yang saya kira cukup baik bagi pihak menteri besar kerana akur tentang keperluan untuk menjaga kepentingan PAS termasuk kepada menantu beliau,Ariffahmi yang juga akur dengan keputusan yang dibuat oleh parti bagi memelihara kepentingan dan kesejahteraan serta integriti parti," katanya.

Mujahid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut berharap agar tindakan Nik Aziz itu dapat dicontohi oleh pemimpin-pemimpin parti lain dan juga rakyat.

"Kami mengalu-alukan keputusan itu dan ia boleh menjadi satu contoh yang baik kepada orang ramai betapa integriti perlu diletakkan lebih utama daripada apa-apa sahaja kepentingan,"

"Kami menyokong, kami harap ia boleh jadi contoh kepada orang lain tentang sikap yang ditunjukkan oleh Tok Guru Nik Aziz dan juga menantu beliau sendiri yang sanggup membuat keputusan itu di atas kepentingan integriti dan juga parti," katanya lagi.

Tindakan Nik Aziz dan Ariffahmi juga ujarnya membuktikan bahawa PAS merupakan sebuah parti yang terbuka dan menjaga disiplin.

"Ini memberikan gambaran bahawa PAS ini bukanlah satu parti yang hanya membuat sesuatu mengikut kehendak tetapi ada batas-batasnya dan mereka akur dengan kehendak dan kepentingan lebih tinggi iaitu jawatankuasa pas pusat," ujarnya.

Sidang media berkenaan turut disertai Ahli Parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain, Ahli Parlimen Padang Terap Nasir Zakaria dan Ahli Parlimen Sik Che Uda Che Nik.

Nasir dalam pada itu menyifatkan tindakan Ariffahmi meletakkan jawatan sebagai tindakan bijak untuk jangka masa panjang.

"Tindakan Ariffahmi satu langkah yang jauh ke hadapan dan saya kira ia sepatutnya menjadi satu contoh kepada rakyat dan pemimpin malaysia dalam usaha memelihara integriti terutamanya kerajaan dalam berhadapan isu-isu yang dikatikan dengan nepotisme dan sebagainya," katanya yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat.

Semalam Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS selepas pertemuan dengan pimpinan parti di kediaman Menteri Besar, JKR 10 mengumumkan persetujuannya menasihati Ariffahmi meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Pertemuan semalam turut disertai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din, dan Bendahari Dr. Hatta Ramli.
Read On 0 comments

SPRM 'peka' selamatkan PAS – Abdul Hadi

MARANG, 15 Nov: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang secara sinis menyifatkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang cepat melakukan siasatan melibatkan pemimpin PAS berbanding pemimpin Umno BN sebagai 'peka' terhadap PAS.
Iklan







Menurutnya, tindakan SPRM yang cepat memberi respon untuk membuka kertas siasatan terhadap penajaan haji Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, seolah-olah mereka peka untuk menyelamatkan PAS berbanding BN.

“SPRM cukup peka untuk selamatkan PAS,” ujarnya kepada wartawan di sini, kelmarin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut melahirkan rasa kesal dengan sikap SPRM yang terlalu cepat melakukan siasatan apabila membabitkan pemimpin PAS.

Lebih mengecewakan katanya, SPRM juga dakwanya sering bertindak hanya hanya berdasarkan laporan media sahaja walaupun tiada aduan dilakukan.

Keadaan itu katanya berbeza apabila melibatkan pemimpin Umno dan BN di mana SPRM lewat bertindak seolah olah mahu mengelak dari membuat penyiasatan.

SPRM sehingga kini berdepan dengan tanggapan melakukan penyiasatan dan pendakwaan terpilih ekoran dilihat cepat bertindak terhadap apa-apa dakwaan salah guna kuasa pemimpin Pakatan Rakyat berbanding pemimpin Umno BN.
Read On 0 comments

Status ADUN Kota Siputeh diputus Isnin

KUALA LUMPUR, 13 Nov: Keputusan sama ada berlaku pelanggaran dan perlu di adakan pilihan raya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh di Kedah hanya akan diketahui Isnin ini.
Iklan







Abdul Isa sebelum ini memohon semakan semula kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan status ADUN Kota Seputih kepada Abu Hassan Sarif birpun tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Abu Hassan sebelum ini didakwa telah gagal untuk menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini sekaligus didakwa melanggar peruntukan undang undang tubuh negeri itu.

Sehubungan itu speaker mahu mahkamah mengisytiharkan kerusi berkenaan adalah kosong dan diadakan pilihanraya baru..

Abdul Isa memfailkan semakan kehakiman itu pada 1 Sept, selepas SPR memutuskan bahawa kerusi Kota Siputeh tidak kosong dan Abu Hassan masih merupakan seorang ADUN.

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak semalam seperti dilapor media, enggan mengulas lanjut kedudukan Abu Hassan kerana berpendapat ianya bukan dalam bidang kuasa menteri besar.

"Semua isu dalam DUN adalah bawah bidang kuasa Speaker, bukan saya. Eloklah Speaker yang membuat kenyataan mengenai isu ini,” kenyataan beliau dipetik.

Beliau berkata, segala keputusan tertakluk kepada mahkamah kerana kes itu masih dalam semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Status Abu Hassan kini menjadi pertikaian apabila Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail tidak mengiktiraf dan tidak membenarkan ADUN berkenaan hadir persidangan DUN 17, November ini berikutan tindakan Abu Hasan tidak menghadiri dua sidang DUN tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun mengarahkan Abu Hasan supaya menghadiri sidang DUN kerana berpegang kepada keputusan yang dibuat SPR, bahawa tiada berlaku kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh dan Abu Hasan adalah wakil rakyat BN yang sah.
Read On 0 comments

Tiada lafaz 'cerai talak tiga' dalam bai'ah PAS

KUALA LUMPUR, 13 Nov: PAS hari ini mendedahkan bai'ah (janji setia) dengan lafaz menceraikan isteri dengan talak tiga adalah bukan lafaz rasmi dari parti itu.
Iklan







Penafian itu dibuat Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali setelah beliau sendiri menyiasat dakwaan tersebut sebagaimana diarah Presiden Pas Datuk Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, kesemua negeri menggunakan lafaz bai'ah rasmi tersebut kecuali sedikit berbeza bagi wakil rakyat mereka di Selangor.

"Presiden kata benda ini (bai'ah talak tiga) tidak berlaku dan dia minta saya siasat semua negeri."

"Semua negeri mengikut rasmi, ikut pusat kecuali Selangor, ada kelainan sedikit." jelasnya.

Dalam sidang media di pejabat Agung PAS pagi tadi, beliau turut mendedahkan beberapa skrip baia'ah rasmi PAS yang diguna Abdul Hadi, beliau sendiri dan Mohammad Sabu.

Kesemuanya adalah sama dan tiada langsung berkait 'cerai talak tiga' kecuali yang ada hanya lafaz laknat jika mengkhianati parti.

"WaLlahi wa biLlahi wa taLlahi. Bahawa saya, Hj. Mustafa bin Ali yang diamanahkan oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk bertanding dalam pilihanraya umu kali ke-12 dalam kawasan DUN N17 Alor Limbat bersumpah dengan nama Allah sama ada saya menang atau kalah di dalam pilihanraya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini,iaitu Islam.

"Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan ini (iaitu Islam), maka saya akan dilaknat oleh Allah, para Malaikat dan para pelaknat, " lafaz baiahnya dibaca di hadapan wartawan.

Jelasnya, bai'ah yang dilakukan PAS sekadar mekanisme biasa bagi mengikat wakil rakyat parti demi memastikan para mereka tidak mengkhianati amanah parti.

"Oleh kerana PAS memperjuangkan Islam, maka menggunakan bai'ah...sama seperti BN sendiri, wakil rakyat yang menang diminta tandatangan satu surat tanpa tarikh yang ditujukan kepada Speaker (Dun dan Parlimen) memaklumkan bahawa dia meletak jawatan. Jadi, Surat itu digunakan bila wakil rakyat lompat parti."

Tambahnya lagi, bai'ah PAS Selangor beberbeza dengan negeri-negeri lain mungkin disebabkan bimbang para wakil rakyatnya dibeli BN kelak.

"Ada kebimbangan akan ada wakil rakyat lompat parti sebab yang beli biasa parti pemerintah (Umno dan BN)."

Beliau juga menjelaskan bahawa beberapa pemimpin PAS yang menggunakan media untuk mengulas isu 'bai'ah talak tiga', telah pun diberi nasihat agar tidak mengeruhkan keadaan lagi.

Beliau juga menasihatkan pihak media agar tidak memanjangkan isu tersebut, setelah mendengar penjelasannya hari ini.
Read On 0 comments

Mereka sedang pecahkan kita

KUALA LUMPUR, 11 Nov: Selain melaga-lagakan mereka dalam media, pihak lawan juga menggunakan risalah dan sebaran lain untuk melaga-lagakan pemimpin PAS itu.
Iklan






KUALA LUMPUR, 11 Nov: Selain melaga-lagakan mereka dalam media, pihak lawan juga menggunakan risalah dan sebaran lain untuk melaga-lagakan pemimpin PAS itu.

Ia dipercayai bertujuan untuk memburuk-burukkan PAS di mata umum, kata anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.

Menurut Lo' Lo', kakitangan pejabat beliau menemui banyak risalah yang disebarkan di merata-rata tempat dalam kawasan Parlimen yang diwakili beliau iaitu Titiwangsa.

Antaranya, poster dan risalah itu di gantung dan bertaburan atas jalan di Keramat dan sekitar.

Poster itu berbunyi 'PAS pecahbelahkan Melayu' dan 'Anwar mainkan PAS'.

Untuk pecahbelahkan Melayu, poster haram tanpa penerbit itu memaparkan gambar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Risalah Anwar mainkan PAS pula memaparkan gambar Abdul Hadi dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penasihat DAP, Lim Kit Siang.

"Mereka cuba pecahkan kita," tulis Dr Lo' Lo'.

Read On 0 comments

Memperbetulkan persepsi terhadap PAS

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) sudah berada dalam arena politik negara dalam suatu jangka masa yang lama iaitu lebih 55 tahun, sejak ia ditubuhkan pada 23 November 1951.
Iklan
Iklan







Sepanjang pembabitannya dalam politik negara sejak sebelum merdeka lagi, PAS dikenali oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, sebagai sebuah parti Islam.

PAS memaktubkan dalam Perlembagaannya, bahawa matlamat utamanya ialah untuk mewujudkan masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.

Sebagai sebuah parti Islam, PAS bertanggungjawab mempertahankan kesucian Islam, memelihara kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Bagi mencapai tujuan tersebut PAS menggariskan 11 usaha dalam Perlembagannya, yang antara lainnya, meletakkan prinsip Islam yang utama dalam berpolitik sebagai usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap aspek.

PAS bertanggungjawab menyuburkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum, dengan membantu memperbaiki perencanaan politik, ekonomi dan sistem sosial.

Untuk mencapai matlamat dan usahanya, PAS harus bekerjasama dengan badan politik atau lain-lain persatuan bila mana ianya mustahak dan sesuai dengan perjuangannya.

Di atas prinsip-prinsip Islam inilah PAS terus kekal dalam politik negara. Dengan prinsip ini juga PAS mengalami jatuh bangun, kalah menang, memimpin kerajaan negeri atau menjadi pembangkang.

Menyusuri sejarah politik PAS, PAS pernah beberapa kali bertahaluf atau menjalinkan kerjasama politik, sama ada dengan parti yang memerintah atau gabungan parti pembangkang.

PAS pernah bergabung dengan Perikatan (Barisan Nasional) pada tahun 1974, sebelum ditendang keluar pada tahun 1978.

Akibatnya, Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui PAS sejak 1955, ditumbangkan pada 1979 dengan cara yang mengaibkan hasil kegelojohan pemimpin Umno-BN.

PAS juga mengalami krisis kepimpinan apabila Yang Dipertua Agungnya, Dato' Asri Muda bersama beberapa yang lain menyertai Umno pada tahun 1982.

Kepimpinan PAS kemudiannya, diambilalih oleh al-Marhum Ustaz Yusof Rawa. PAS menjalani fasa kesuraman dalam perjuangannya. Wakil Parlimennya hanya tinggal seorang iaitu Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, beserta beberapa orang Ahli Dewan Undangan Negeri di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-7 pada tahun 1986, PAS memulakan era politik baru dengan bekerjasama dengan parti-parti pembangkang seperti Nasma, SDP, CCC dan lain-lain.

Namun kerjasama tersebut tidak mampu memberikan impak besar kepada perubahan iklim politik. Status-quo PAS dengan kerusi tunggal Parlimen dan beberapa kerusi Dun.

PAS mengalami sedikit perbalahan kecil di kalangan kepimpinan, sehingga Naib Yang Dipertua PAS Pusat, Ustaz Nakhaie Ahmad meletak jawatan dan menyertai Umno. Bagaimanapun pemergian Nakhaie, tidak langsung memberi apa-apa kesan terhadap PAS.

PAS mula mengalami perubahan selepas kepimpinannya bertukar tangan. Ustaz Yusof Rawa mengundurkan diri kerana keuzuran pada tahun 1987, maka kepimpinan diambil alih oleh Ustaz Fadzil Mohd Noor dengan gandingan Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai timbalannya.

Dalam masa yang sama Umno juga menghadapi pelbagai krisis kepimpinan, Tengku Razaleigh Hamzah bertembung dengan Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad dalam perebutan sengit jawatan Presiden Umno.

Perpecahan dalaman Umno turut mengheret krisis kehakiman dalam negara yang menyaksikan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dipecat.

Umno berpecah dan diharamkan. Mahathir menubuhkan Umno baru, manakala Tengku Razaleigh menubuhkan Parti Melayu Semangat 46.

Pada tahun 1989, PAS diajak bekerjasama dengan Tengku Razaleigh. Bertitik tolak daripada beberapa pertemuan antara kedua-dua parti maka terbentuk satu persefahaman politik baru.

PAS bergabung dengan Angkatan Perpaduan Ummah yang membariskan, Berjasa dan Hamim, manakala disebelah pihak lain dibentuk Gagasan Rakyat yang menggabungkan DAP dan PSRM.

Semangat 46 menjadi orang tengah antara parti Angkatan Perpaduan Ummah dengan Gagasan Rakyat. Idea mewujudkan dua bentuk gabungan yang berbeza ialah dengan tujuan mengelakkan pertembungan antara PAS dan DAP yang bertentangan ideologi.

Bagaimanapun, sejarah politik tidak boleh menafikan kebijaksanaan Tengku Razaleigh yang mampu meredakan ketengangan politik antara PAS dengan DAP, dengan mencapai matlamat yang satu iaitu menumbangkan Umno-BN.

Gabungan parti-parti pembangkang ini memasuki gelangang PRU ke-8 dengan jayanya walaupun tidak cukup kuat untuk memberikan impak untuk menumbangkan BN di peringkat Pusat.

Hasil dari kerjasama ini, PAS dan Semangat 46 menyapu bersih seluruh kerusi Parlimen dan Dun di Kelantan, beberapa kerusi Dun dan Parlimen di Terengganu. Hasil dari kerjasama ini juga PAS kembali menjadi parti yang dominan di Kelantan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada bulan Oktober 199), sehingga kini sudah 19 tahun PAS memerintah Kelantan.

Namun kerjasama dengan gabungan Angkatan Perpaduan Ummah tidak lama. Menjelang PRU ke-9 pada tahun 1995, Semangat 46 berpecah, beberapa orang pemimpinnya kembali kepangkuan Umno.

Gagasan Rakyat juga tidak kekal kerana DAP membuat keputusan tidak mahu bekerjasama dengan PAS yang komited dengan ideologi Islamnya.

Walaupun berlaku sedikit kesuraman dalam gabungan pembangkang, PAS berjaya mengekalkan kerajaan negeri Kelantan dan kerusi-kerusi Dun dan Parlimen di Terengganu dan Kedah.

Kepimpinan PAS terus utuh dan mantap. Di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil, Ustaz Hadi dan Ustaz Nik Aziz, PAS menikmati era kepimpinan ulama yang gemilang di kemuncaknya.

Pada ketika itu wujud desas desus yang kuat bahawa Tengku Razaleigh mahu membubarkan Semangat 46 dan kembali kepangkuan Umno. Namun PAS tetap setia dengan kerjasama sehingga saat-saat akhir.

Selepas Tengku Razaleigh memasuki Umno, pembangkang tidak lagi bersatu. PAS dan DAP serta parti-parti lain membuat haluan sendiri.

Bermula tahun 1997 Umno-BN kembali dengan bibit perpecahan dalaman yang hebat. Akibat daripada perpecahan yang sudah sampai kekemuncak, Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, dipecat pada September 1998.

Perpecahan dalaman Umno amat hebat sehingga Mahathir tidak menjangka waktu itu pengaruh Anwar begitu kuat di kalangan rakyat. Tiap-tiap minggu rakyat berdemonstrasi di Kuala Lumpur membantah kezaliman Mahathir terhadap Anwar.

Peluang yang terbuka itu memungkinkan satu kerjasama dibentuk menjelang PRU ke-10 tahun 1999. Ustaz Fadzil lantas bekerjasama dengan Anwar. Parti Keadilan Nasional ditubuhkan.

Ustaz Fadzil menerajui NGO yang dinamakan Gerak. Gerak berjaya menggabungkan berpuluh-puluh NGO untuk bersatu menentang kezaliman Mahathir.

Dalam masa yang sama parti-parti pembangkang menubuhkan Barisan Alternatif (BA). Hasil gabungan PAS, Keadilan, DAP dan PRM.

Gabungan BA amat unik. Masing-masing mempunyai ideologi yang jauh berbeza, namun bekerjasama atas matlamat yang sama untuk menumbangkan BN.

Gabungan ini menghasilkan impak yang kuat. Pembangkang menang 45 kerusi Parlimen, mengekalkan Kelantan, merampas Terengganu dari BN dan menguasai separuh dari Kedah.

Walaupun masih tidak mampu menumbangkan BN keseluruhannya. Tetapi gabungan pembangkang ini, menunjukkan kesatuan yang hebat. Mereka berjaya mengetepikan ideologi, sebaliknya bekerjasama erat dalam pelbagai isu nasional.

Namun takdir Allah mengatasi segala-galanya. Di kemuncak kerjaya politiknya, Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor, yang juga Ahli Parlimen Pendang dan Ketua Pembangkang, dipanggil pulang mengadap-Nya pada 23 Jun 2002.

Kehilangan Ustaz Fadzil amat dirasai sebilangan besar rakyat Malaysia, khususnya ahli-ahli dan kepimpinan PAS.

Ustaz Fadzil pergi, kepimpinan PAS bersilih ganti. Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengambilalih kepimpinan. Beliau juga Ketua Pembangkang dan Menteri Besar Terengganu.

Pada PRU ke-11 tahun 2004. BA menghadapi kesuraman yang besar, Terengganu terlepas, manakala Kelantan hampir tumbang. BN menang besar selepas Mahathir digantikan oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kemenangan besar BN, bukan kerana BN kuat. Tetapi akibat daripada persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun 2003 dan berlaku beberapa kekecohan khususnya di Selangor pada hari pengundian.

Kemenangan BN pada waktu itu dikaitkan dengan perubahan persepsi rakyat kepada Umno-BN, dan memberi peluang kepada orang baru seperti Abdullah untuk menerajui negara.

Ringkasnya, kemenangan besar BN tidak lama. Hagemoni mereka tersekat pada PRU ke-12 tahun 2008. Kepimpinan Abdullah gagal memperkukuhkan Umno-BN. Gabungan PAS, KeADILan dan DAP berjaya membuat 'comeback' yang cukup besar dalam politik negara.

Kuasa besar dua pertiga majoriti BN di Parlimen hilang. BN tewas di enam negeri termasuk Wilayah Persekutuan.

Lantas ketiga-tiga parti ini membentuk Pakatan Rakyat. Kerjasama Pakatan Rakyat lebih baik dengan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat.

Umno-BN kehilangan arah. PM Abdullah menerima tekanan yang hebat. Genap setahun selepas PRU 2008, Abdullah terpaksa melepaskan jawatan kepada Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Selepas setahun bergelut dengan pelbagai masalah dalaman, Umno-BN kini dilihat mula membuat reform dengan PM yang baru. Sementara Pakatan Rakyat kini dilanda pelbagai kemelut dalaman.

PAS punyai kemelut dalamannya sendiri. Begitu juga KeADILan dan DAP. Kemelut-kemelut ini jika dibiarkan berpanjangan, nescaya akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

Buat masa ini, penulis mahu memfokuskan tulisan ini kepada PAS sahaja.

Bagi kepimpinan, ahli dan penyokong PAS, mereka harus disedarkan bahawa dalam sejarah politik PAS yang disusur-galurkan dalam tulisan ini, walau apapun perseteruan atau berbezaan yang wujud di antara PAS, dengan rakan-rakan, PAS tidak pernah sama sekali mengkhianati tahaluf atau kerjasama politik yang dibina.

PAS juga harus sedar bahawa arus perubahan yang dilakukan PM Najib mungkin memberikan kesan dalam bentuk persepsi positif di kalangan rakyat.

PAS tidak seharusnya membenarkan sebarang persepsi negatif melandanya. Persepsi negatif ini hanya akan mengundang padah yang lebih buruk.

Jika PAS dan Pakatan Rakyat tersilap langkah, atau gagal menunjukkan kesepakatan yang baik, nescaya kesuraman besar yang berlaku pada PRU 2004, tidak mustahil boleh berulang pada PRU ke-13 nanti.

Fikirlah, jika rakyat boleh memberi peluang kepada Abdullah selepas persepsi buruk yang terpalit terhadap Mahathir, apakah rakyat tidak boleh memberi peluang sekali lagi kepada Umno-BN menerusi kepimpinan baru Najib?

Atau apakah PAS sanggup menunggu pusingan lain, iaitu barangkali pada PRU ke-14 atau PRU ke-15 untuk membuat 'come back' politik selepas dilanda kesuraman yang berterusan?

Sepanjang PAS membuat tahaluf atau kerjasama dengan pelbagai parti politik dan NGO, PAS sekali-kali tidak pernah menggadaikan prinsip perjuangan yang digariskan dalam Perlembagaannya. Yang berubah hanya pendekatan dan strategi.

Di atas prinsip inilah PAS dihormati, di atas kesetiaan dalam persahabatan inilah PAS dipercayai dan di atas kekuatan dan kemantapan kepimpinanlah PAS dilihat mampu menggantikan Umno sebagai parti terunggul Islam-Melayu suatu hari nanti.

Sepanjang 58 tahun penubuhan PAS (November 1951-kini), tidak ada seorangpun pemimpin yang boleh memecahbelahkan PAS. Tiada seorang pemimpinpun boleh mengheret PAS ke arah kemusnahan jika beliau keluar daripada parti.

PAS tidak boleh mengelak, kemungkinan wujud pemimpin yang mempunyai agenda peribadi. Namun, sehebatmanapun agenda peribadi seseorang pemimpin itu, nescaya dia tidak akan mampu merealisasikannya. Tiada seorangpun pemimpin yang boleh memaksa PAS menurut agenda peribadinya.

PAS bukan milik individu, PAS adalah milih jamaah keseluruhannya. Ke mana sahaja PAS pergi, sama ada bekerjasama atau berdikari sendirian, PAS tetap utuh sebagai satu pasukan dan dalam satu pasukan yang mantap.

Kemantapan PAS adalah hasil daripada tarbiah fikrah (pendidikan pemikiran) yang meletakkan Islam sebagai keutamaan perjuangan, lebih dari kepentingan diri sendiri.

Justeru untuk waktu ini, untuk menghadapi PRU ke-13 ini, PAS tidak harus menoleh kebelakang lagi. Kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat ialah kerjasama yang terbaik dalam sejarah politik negara.

PAS harus terus menjadi rakan kongsi yang strategik kepada Pakatan Rakyat. PAS harus yakin bahawa dengan kekuatan kepimpinan, kekuatan akar umbi, dengan rangkaian cawangan yang ada di setiap taman dan desa, bahawa suatu hari nanti PAS akan muncul sebagai parti yang dominan dan terunggul dalam persada politik negara.
Read On 0 comments

Pakatan OK, BN yang 'koyak rabak' sebenarnya

TIDAK ada sebab yang kukuh untuk ahli dan penyokong gabungan Pakatan Rakyat, berasa terlalu gusar tentang masa depan gabungan yang dikatakan sedang berkocak sehingga membawa kepada perpecahan.

Buat masa ini perpecahan tidak akan berlaku. Jika PAS yang keluar dari pakatan, PAS yang akan rugi. Jika DAP keluar, DAP akan rugi. Begitu juga dengan Parti KeADILan Rakyat.
Iklan







Buat masa ini, jika ada mana-mana parti gabungan pakatan, yang mahu membuat haluan tersendiri, mereka akan ditolak oleh rakyat berbilang kaum dalam negara.

Ingat, negara tidak akan terbina dengan hanya kekuatan satu-satu kaum sahaja. Semua kaum memerlukan sokongan antara satu sama lain untuk hidup aman makmur.

Justeru, apabila Pakatan Rakyat dibentuk, hasil kepercayaan rakyat kepada PAS, KeADILan dan DAP untuk berhadapan dengan Barisan Nasional, maka jika Pakatan Rakyat hendak membentuk kerajaan baru di peringkat Pusat, ianya mestilah dengan dokongan semua pihak, semua kaum dan agama.

Apa yang berlaku hanyalah permainan licik media. Tidak dinafikan memang wujud pergeseran kecil antara Tan Sri Khalid Ibrahim, Dato' Dr Hasan Mohd Ali, Ronnie Liu dan lain-lain.

Wujud sedikit ketidak puasanhati pemimpin DAP negeri terhadap Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak dalam isu kandang babi, kouta perumahan untuk bumiputera dan pembahagian jawatan ketua-ketua kampung.

Wujud ketidak puasanhati PAS dan KeADILan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Pulau Pinang, yang dikatakan tidak banyak memberi ruang kepada PAS dan KeADILan.

Dari sudut dalaman parti, tidak dinafikan wujudnya beberapa pergeseran kecil antara individu pemimpin dalam PAS, KeADILan dan DAP.

Akibatnya, ia mencetuskan kesilapan pemimpin dan ahli tertentu, yang nampaknya mudah terpengaruh dengan permainan licik media pro-Umno, iaitu secara terang-terangan mengkritik antara satu sama lain.

Bagaimanapun semua ini hanyalah seumpama, 'kocakan sedikit air di dalam cawan sahaja'. Ianya tidak akan sama sekali menjejaskan keutuhan kepimpinan PAS, KeADILan mahupun DAP dan ia tidak sekali-kali menjejaskan kesepakatan Pakatan Rakyat.

Apa yang penting, seluruh kepimpinan PAS, KeADILan dan DAP sedar bahawa, masing-masing tidak harus terlalu 'bold' untuk menegakkan perjuangan 'sectarian'.

Kepimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat seharusnya mencipta budaya exceptionalisme, dari sudut agama, nilai, tradisi dan moral-etika dengan menghormati perbezaan asas perjuangan parti yang berbeza.

Kepimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat harus disedarkan dan diikat dengan satu matlamat yang sama, iaitu berusaha mencapai hasil kesepakatan, membentuk Kerajaan Pusat dan Negeri, dengan menumbangkan Barisan Nasional.

Justeru, sasaran utama Pakatan Rakyat ialah untuk menggantikan BN, sebagai peneraju negara pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

BN seharusnya ditolak secara total kerana pertama; ia telah berkuasa terlalu lama sehingga melakukan banyak tindakan yang merugikan negara, kedua; BN masih gagal mengawal kestabilan agama dan kaum, ketiga; BN gagal menguruskan ekonomi negara dan keempat; pada waktu ini, hampir semua ahli gabungan utama BN sedang koyak rabak.

Cuma Umno sahaja 'kelihatan' kukuh. Umno dilihat kukuh kerana pergeseran dalamannya cepat ditutup media, walaupun keadaannya seperti 'tongkang pecah'. Ini belum lagi dibahas dari sudut sama ada relevan atau tidak perjuangan agama, bangsa dan negara yang dipelopori Umno selama ini.

Tetapi jika kita lihat sekarang, apa sudah jadi dengan parti-parti gabungan BN yang lain? Gerakan nampaknya sudah semakin pupus, yang tinggal hanya Tan Sri Koh Tsu Koon. MIC sudah disisihkan terus dengan Presidennya, Dato' Seri S Samy Vellu bergaduh dengan PM dan MIC hanya menunggu masa untuk melingkup.

MCA sebagai parti terbesar mewakili kaum Cina sekarang ini berada dalam keadaan yang amat teruk dan sudah hampir lumat dikerat 18. Presidennya, Dato' Seri Ong Tee Keat dan Timbalannya, Dato' Seri Dr Chua Soi Lek ditolak oleh Mesyuarat Agung Khas MCA.

Kedua-dua pemimpin yang bergaduh antara satu sama lain, kemudian ditolak oleh perwakilan, sebaliknya bergabung semula untuk berhadapan dengan satu kumpulan lain yang diketuai Naib Presiden MCA, Dato' Seri Liow Tiong Lai.

MCA sudah 'koyak' kata seorang pimpinan tertingginya sewaktu sembang-sembang dengan penulis di lobi Parlimen baru-baru ini.

Namun yang harus diteliti adalah, gesaan Ahli Parlimen Seri Gading, Dato' Mohamad Aziz yang menggesa Tee Keat dan Tsu Koon supaya meletakkan jawatan kerana tidak perform. Tuduhan ini amat serius dan tidak harus dikesampingkan sahaja.

Bukan soal Mohamad Aziz, tetapi persoalan yang lebih besar ialah mengapa Kerajaan BN, SPRM, Umno mendiamkan sahaja dakwaan Pengerusi BBC BN, Dato' Seri Tiong King Sing yang memberikan wang tunai RM10 juta kepada Tee Keat.

"Tee Keat sendiri yang datang ambil, 10 juta (RM) berkotak-kotak, dia pandu kereta sendiri, Dato' Tiong tak bohong, figure yang dia bagi tepat," kata beberapa orang ahli parlimen BN semasa berborak sesama sendiri.

Ini belum lagi dibincangkan secara terperinci isu rasuah pemimpin Umno, dakwaan rasuah ke atas Samy Vellu dan lain-lain.

Isu-isu mengenai 'kejahatan' pemimpin-pemimpin BN, melakukan jenayah rasuah dan salah guna kuasa ini cuba dilindungi media massa pro mereka.

Akibat daripada penguasaan yang begitu lama, mereka tidak segan silu 'menyapu bersih' wang rakyat. Apa yang mereka lakukan amat dahsyat sekali.

Jika diteliti dan diperhalusi, 'kejahatan' mereka dan perpecahan yang melanda mereka, iaitu parti-parti komponen BN, jauh lebih dahsyat daripada pergeseran kecil dalam Pakatan Rakyat yang dipaparkan dalam artikel ini.

Malangnya ramai dari kalangan kita, sering terpengaruh dengan dakyah media jahat ini.

Justeru Umno-BN tidak kukuh sebenarnya, hanya media yang 'menambah-solek' dan menutupi kecacatan wajah mereka.

Pakatan Rakyat tidak berpecah sebenarnya, hanya media yang mengapi-apikan perpecahan.

Oleh itu jangan sesekali kita termasuk perangkap mereka dengan mempercayai dakyah bahawa Pakatan Rakyat merupakan pakatan yang rapuh.

Jika kita percaya dengan dakyah media, maka kita sendiri yang menghalang kemajuan dan tidak yakin keupayaan kita untuk menggantikan BN selepas PRU ke-13 nanti.
Read On 0 comments

Lebih 1,000 berseminar tentukan halatuju PAS

KUALA LUMPUR, 7 Nov: Lebih 1,000 pemimpin PAS dari seluruh negara berhimpun di Dewan Datuk Fadzil Noor, Taman Melewar hari ini bagi menyertai seminar memperkasakan parti Islam itu.
Iklan







Mereka akan mendengar Ucap Utama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang bakal membicarakan halatuju PAS dan usaha parti itu untuk mempertingkatkan lagi komitmennya dengan Pakatan Rakyat.

Seminar ini diadakan ekoran tulisan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempertikaikan beberapa pendekatan pimpinan utama PAS sehingga mencadangkan agar diadakan muktamar khas untuk memilih semula mereka.

Nik Aziz akan memberikan ucapan penutup di seminar yang bakal menentukan sikap para pemimpin PAS di semua peringkat itu.

Di tengah-tengah seminar, semua peserta akan mendengar pandangan secara langsung dari orang yang mencetuskan konflik ini iaitu Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

ImageBeliau akan bersama dengan seorang lagi pengulas politik, Dr Abu Hassan Hasbullah yang dijangka akan juga memberikan pandangan-pandangan panas dari luar PAS.

Kedua-duanya akan disertai sama oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS yang sedang mendisiplinkan para pimpinan dan ahli PAS.

Apakah yang akan diucapkan Abdul Hadi dan apakah serangan baru Abdul Aziz Bari dan Abu Hassan Hasbulah bakal menjadi tumpuan hari ini.

Para pemerhati akan melihat apa pula reaksi para pemimpin PAS dari semua peringkat terhadap kenyataan-kenyataan mereka bertiga.

"Ini adalah satu lambang keterbukaan PAS dan PAS mahu ianya diselesaikan secara terbuka dan telus. Sebab itu kita bukakan semua peringkat seminar ini kepada pemerhati dan wartawan," kata Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS.

Image"Saya yakin, PAS perlu menyelesaikan apapun masalahnya secara berorganisasi dan bukan menyapu segala masalah ke bawah permaidani," ulas Dr Mujahid Yusof, pemegang PhD yang kajiannya adalah tentang organisasi PAS.

Seminar ini adalah yang pertama dibuat oleh PAS untuk membincangkan secara berdepan selepas konflik yang berlaku sejak pilihan raya 2008 lalu tidak selesai dengan tuntas.

Ia sentiasa timbul walaupun cuba diselesaikan dengan cara tradisional iaitu melalui perbincangan secara tertutup dan melalui kenyataan akhbar._

Read On 0 comments

Nik Aziz kesal penangkapan Dr Asri

KOTA BHARU, 3 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa dukacita di atas penangkapan yang dilakukan ke atas bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin.
Iklan







Ketika dihubungi Harakahdaily beliau berkata, tindakan berkenaan amat tidak wajar dilakukan ke atas seorang pendakwah apa lagi kesalahannya belum dapat dipastikan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas insiden tangkapan yang berlaku ke atas pendakwah berkenaan malam tadi ketika menyampaikan kuliah agama di Taman Sri Ukay, Kuala Lumpur.

Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS itu juga mengngagap ia satu tindakan yang melampau kerana menangkap seorang tokoh agama yang juga bekas mufti.

"Penangkapan itu amat tidak masuk akal, masih ramai lagi orang yang patut ditangkap, tetapi kenapa seorang pendakwah, dia mengajar agama dan bukannya buat huru hara atau melakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama,"ujarnya lagi

Nik Aziz berkata walaupun ada pihak mendakwa Dr Mohd Asri menyebarkan ajaran Wahabbi, ia perlu diperhalusi terlebih dahulu bagi memastikan ia benar-benar salah di sisi undang-undang.

"Nasihat saya kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), jangan buat untuk kali kedua kerana akan merosakkan imej Islam di Malaysia dan seterusnya merosakkan imej golongan pendakwah itu sendiri," katanya.

Beliau meletakkan masaalah itu seharusnya dibincang terlebih dahulu antara Asri dengan JAIS dan bukannya terus menangkap tanpa pasti kesalahannya.

Katanya, kalau benar dia telah melakukan kesalahan di sisi undang-undang, barulah tindakan diambil terhadapnya dan bukannya menangkap begitu sahaja tanpa mengetahui hujung pangkalnya.

"Masyarakat juga menjadi keliru dengan kejadian itu," ujarnya lagi,
Read On 0 comments

Kecoh video lucah



KUALA LUMPUR: “Ya Allah...kenapa sampai macam itu sekali. Macam saya ini jahat sangat,” kata komposer Julfekar Ahmad mengulas tindakan penyanyi Farawahida membuat laporan polis mendakwa dia mengugut untuk mengedar gambar dan video lucahnya.

Julfekar, 45, yang dihubungi semalam terkejut dengan tindakan penyanyi itu berkata, Farawahida boleh membuat pelbagai tuduhan terhadapnya, tetapi perlu mempunyai bukti.

Menurutnya, dia juga akan membuat laporan polis terhadap bekas anak didiknya itu untuk membela diri terutama berkaitan dakwaan mengugut mahu mengedarkan gambar serta video lucah penyanyi berkenaan.

“Biar saya selesaikan dulu (rujuk peguam)...kemudian baru kita tengok macam mana,” katanya.
Iklan






Farawahida difahamkan sudah membuat tiga laporan polis terhadap komposer terkenal itu masing-masing di Balai Polis Klang pada 6 November tahun lalu, Taiping, Perak (9 Februari) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Rabu lalu.

Dia antara lain mendakwa menerima ugutan mengedar gambar dan video lucahnya bertitik tolak daripada tindakannya enggan menyambung kontrak dengan sebuah syarikat rakaman yang tamat pada 9 Februari lalu.

Bermula tarikh berkenaan, penyanyi itu mendakwa ingin mengadakan persembahan secara bersendirian tanpa mempunyai kaitan dengan syarikat rakaman itu.

Farawahida juga mendakwa menerima SMS memaki hamunnya termasuk bertulis ‘perempuan tidak guna, perempuan sundal’.

Julfekar seterusnya berkata, dia sebelum ini ada mendengar khabar angin Farawahida atau nama sebenarnya Farawahida Razali, 24, membuat laporan polis terhadapnya, namun tidak mahu melatah sehingga ia betul-betul sahih.

“Sehingga kini polis belum menghubungi saya, tapi saya juga akan membuat laporan polis,” katanya.

Dia berkata, sejak pulang ke kampung di Taiping, Perak, empat bulan lalu, Farawahida langsung menutup pintu perbincangan antara mereka.

“Penyanyi itu menghantar notis berhenti 24 jam kepada pengurusan (Millenium Art Sdn Bhd) atas alasan mengikut kehendak keluarganya, tapi mana ada penyanyi hantar notis berhenti,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad yang dihubungi Harian Metro semalam mengesahkan menerima laporan artis wanita berkenaan sekitar jam 7.45 malam.

Menurutnya, polis kini membuka kertas siasatan terhadap laporan kes ugutan berkenaan dan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan untuk menyebabkan kematian atau kecederaan.

“Pegawai penyiasat sudah berusaha menghubungi individu yang dimaksudkan dalam laporan terbabit, namun masih gagal menghubunginya. Namun, polis akan berusaha mencarinya bagi membantu siasatan,” katanya.

Kemelut antara mereka bermula apabila Julfekar yang juga pemilik Millenium Art Sdn Bhd (MASB) mendakwa Farawahida yang masih mempunyai setahun kontrak pilihan gagal menyempurnakan perjanjian yang ditandatangani apabila menyepikan diri sejak Februari lalu.

Farawahida dikatakan pernah dua kali menghantar surat untuk keluar daripada pengurusan MASB dalam tempoh 24 jam pada Februari dan awal Jun lalu, bagaimanapun permintaan penyanyi itu tidak dapat dilaksanakan berikutan kuasa untuk menamatkan kontrak pilihan adalah milik MASB dan bukan Farawahida.

Julfekar sebelum ini dilaporkan berkata syarikat tidak menghalang jika Farawahida mahu keluar dengan syarat bersedia membayar ganti rugi RM231,000 untuk keseluruhan produksi dan promosi album terbarunya, Farawahida `09.

“Saya juga memohon ganti rugi RM200,000 lagi atas segala kepayahan saya menaikkan namanya sepanjang tujuh tahun bergelar artis,” katanya.

Read On 0 comments

Umno berdepan laluan berliku di Manek Urai

Beberapa indikator yang ditemui membayangkan usaha Umno untuk merampas kerusi Dun Manek Urai semakin samar. Kajian melalui kajiselidik yang dijalankan sebuah badan meletakkan PAS berada di hadapan.
Iklan






Begitu juga dengan perkembangan di lokasi pilihan raya yang berlaku sekarang.

Pertembungan di antara kumpulan bekas Ketua Bahagian Umno Kuala Krai, Dato' Wan Zaid Wan Abdullah dengan ketua bahagian sekarang, Dato' Ramzi Abdul Rahman tidak mampu disembunyikan lagi.

Calon BN Tuan Aziz Tuan Mat dikatakan mempunyai hubungan lebih rapat dengan Wan Zaid. Malah sebelum ini Ramzi lebih mengharapkan Naib Ketua Umno bahagian itu, Che Jalal Muda dicalonkan membawa cabaran Umno di Manek Urai.

Malah calon BN dikatakan keseorangan keluar masuk kampung tanpa mendapat sokongan padu ketua bahagian. Kedatangannya ke Masjid Kampung Manek Urai Lama baru-baru ini tanpa ada sokongan jentera Umno di situ.

Seorang penduduk berkata, beliau tidak mengenali siapa lelaki bersongkok yang datang sembahyang baru-baru ini.

"Saya hanya lihat ada beberapa sahaja jemaah yang ada di masjid bersalam dengan orang berkenaan. Saya hanya tahu orang terbabit ialah calon BN Manek Urai selepas diberitahu kemudian," katanya ketika ditemui di sini.

Kata beliau orang kampung langsung tidak kenal calon terbabit biar pun dikatakan bekas pegawai tinggi di Kesedar.

Sementara itu orang ramai merungut bekalan elektrik di Manek Urai dan Laloh sering terganggu sehari dua ini.

Kata mereka gangguan tersebut kemungkinan berpunca daripada penggunaan alat penghawa dingin di markas sementara polis yang mulai digunakan sekarang.

Gangguan bekalan elektrik berlaku semalam mulai jam 5 petang sehingga 7.30 malam. Biar pun kaunter aduan Tenaga Nasional Bhd dibina di kampung Manek Urai Baru, nampaknya masalah gangguan bekalan elektrik masih berlaku.
Read On 0 comments

Pembubaran Dun Perak pasti berlaku!

Selepas Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman mendedahkan akan berlakunya pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak, kini Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak pula yakin dengan pendedahan itu.
Iklan






Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang melaungkan keyakinan keadaan yang kucar-kacir yang berlaku di Perak sejak rampasan kuasa berlaku kini semakin membimbangkan dan menyebabkan pembubaran Dun terpaksa dilakukan.

Keyakinan beliau itu berasas kerana prestasi kerajaan yang memerintah di Perak hari ini semakin dipertikai.

Kerajaan sedia ada juga dikatakan tidak mampu mentadbir dengan baik berikutan situasi yang tidak tentu hala yang melanda negeri tersebut.

Paling tragis katanya, dalam masa terdekat juga Sidang Dun Perak perlu diadakan berhubung kelulusan Belanjawan 2010 yang pastinya sekali lagi akan mengundang kekecohan.

Nizar mendedahkan beberapa ahli Parlimen dan wakil rakyat BN turut menyetujui kekalutan yang berlaku di Perak boleh diselesaikan hanya dengan pembubaran Dun Perak bagi membolehkan pilihan raya kecil negeri diadakan.

Sebelum ini, Ustaz Halim yang juga ahli Parlimen Pengkalan Chepa dalam wawancaranya bersama Harakah ada mendedahkan bahawa pembubaran Dun Perak mungkin akan berlaku selepas PRK Manik Urai.

"Saya menjangkakan pilihan raya Negeri Perak mahu atau tidak akan diadakan, sebab itu kita cadang mahu buat persiapan apa yang patut hadapi pilihan raya Perak,"tegasnya.

Beliau melihat bertapa pentingnya kini JPP yang dikendalikan bersedia awal dengan memantapkan ahli-ahli jawatankuasa mengenai ilmu pilihan raya.
Read On 0 comments

4 pencuri telefon dipotong kaki, tangan

MOGADISHU: Sebuah mahkamah semalam memotong sebelah kaki dan tangan empat lelaki di khalayak ramai selepas didapati bersalah mencuri telefon dan pistol.

Mahkamah Syariah yang menjalankan hukuman itu ditadbir oleh kumpulan al-Shabab yang berusaha untuk menggulingkan kerajaan Somalia yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Lelaki terbabit meraung apabila tangan dan kaki mereka dipotong dengan pisau panjang,” kata saksi, Liban Ali.

Keempat-empat lelaki itu didapati bersalah dalam perbicaraan awal di Mogadishu awal minggu ini.
Iklan






Wartawan tidak dibenarkan membuat liputan ketika hukuman itu dilaksanakan.
Amerika Syarikat menganggap al-Shabab kumpulan pengganas yang ada hubungan dengan al-Qaeda. Bagaimanapun, ia menafikannya.

Kumpulan itu yang menguasai sebahagian besar Somalia didakwa mempunyai ramai pejuang asing.

Secara tradisinya penduduk Somalia mengamalkan Islam sederhana.

Bagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan, kumpulan militan mula mengikuti fahaman Wahabi yang berasal dari Arab Saudi dan menjadi ikutan pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden dan kumpulan Taliban.
Read On 0 comments

Fahaman kebangsaan bermula di Turki

Umat Islam di negara ini wajar mengambil iktibar berlaku ke atas umat Islam di Turki yang menghadapi tekanan semangat kebangsaan yang diatur pihak musuh.
Iklan






Semangat kebangsaan memuncak sehingga menghalang rakyat mengamalkan ajaran Islam ketika bangkit fahaman yang dibawa Kamal Antartuk.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, musuh Turki pada masa itu mencari jalan menyesatkan bangsa Turki daripada ajaran Islam.

Katanya, ideologi barat mulai menyerap masuk ke Turki yang dibawa Mustafa Kamal Antartuk sehingga menyebabkan Khalifah Othmaniah tumbang.

Beliau berkata, selagi manusia mengikut telunjuk orang lain dan tidak mengikut dasar Islam, maka selama itulah mereka tidak akan selamat.

"Sama ada orang Melayu atau Cina, sekiranya mereka masih menganut fahaman politik suku, agama suku maka mereka bukan dari golongan Muslim,� katanya pada satu kuliah di sini, baru-baru ini.

Beliau juga berkata, sebahagian umat Islam kurang peka terhadap kejadian menimpa umat Islam di tempat lain di dunia kerana penyakit mengutamakan bangsa mereka sendiri.

"Penyakit itu disebarkan orang Eropah bertujuan merenggangkan persatuan umat Islam sedunia," katanya.

Menurutnya juga penyakit pisahkan agama dengan politik sudah menular ke negara ini yang dibawa perjuangan nasionalis.
Read On 0 comments

Taktik lapuk ugut pengundi diteruskan BN

Barisan Nasional (BN) akan tetap menggunakan taktik lapuk seperti ugut pengundi ketika berkempen untuk mempengaruhi mereka mengundi calon BN.
Iklan






Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Manek Urai, Abdul Fatah Harun berkata apabila culaan dilakukan dan didapati ramai pengundi di Manek Urai berada di luar Kelantan, BN cuba mempengaruhi SPR agar melakukan pilihan raya pada hari bekerja kerana dibimbangi mesej yang menyebelahi pembangkang akan mempengaruhi pengundi yang menetap di Manek Urai.

Beliau turut mengalu-alukan kedatangan petugas-petugas jentera pilihan raya PAS dari seluruh negara untuk membantu memenangkan PAS di Manek Urai.

"Petugas-petugas negeri lain harus memahami budaya pengundi-pengundi di Manek Urai. Ini kawasan ini merupakan kawasan luar bandar. Kita akan cuba membudayakan politik Kelantan kepada petugas-petugas luar ini," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata petugas-petugas dari setiap negeri akan ditempatkan di penginapan yang telah disediakan.

"Kami telah menyediakan rumah-rumah untuk penginapan petugas-petugas ini dan mereka akan ditempatkan dengan pembantu dari Kelantan. Penginapan ini sudah lama kita sediakan," katanya.

Jelasnya kehadiran petugas-petugas di setiap peti undi di Manek Urai akan membantu merancakkan lagi program-program kempen.

Zaki yakin pengalaman petugas-petugas khususnya dalam pilihan raya umum serta pilihan raya kecil di negeri-negeri sebelum ini dapat dimanfaatkan di Manek Urai seterusnya membantu kemenangan PAS dalam pilihan raya tersebut.
Read On 0 comments

Mesti tegas, jika libatkan dasar Islam

Para pemimpin atau pendakwah Islam mestilah tegas dalam menyampaikan seruan agama Allah dalam apa jua perundingan dan perbincangan dengan pelbagai pihak khususnya melibatkan dasar-dasar dan ketentuan hukum agama.
Iklan






Sungguhpun pendekatan dakwah mempunyai pelbagai kaedah dan bentuk penyampaiannya seperti berlembut dan berhemah namun jika ianya melibatkan dasar dan hukum Islam, ianya mesti diterangkan secara jelas dan tegas.

Demikian kata penceramah dalam kuliah bulanan pejabat Harakah, yang disampaikan oleh Ustaz Amran Talib kepada warga kerja media itu yang hadir tengah hari tadi.

"Sejarah telah menunjukkan, bagaimana ada perundingan dan perbincangan dibuat oleh golongan Bani Saqif daripada Taif dengan Nabi Muhammad S.A.W yang menuntut pelbagai syarat sebelum memeluk agama Islam.

"Antarannya mereka mahu meminum arak, berzina, makan riba dan menyimpan berhala disayangi walaupun setelah memeluk Islam namun secara terang, tegas dan jelas Nabi Muhammad tidak membenarkan kerana ianya melanggar asas dan hukum agama yang diperintah oleh Allah SWT," katanya yang juga Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan.

Akhirnya, walaupun Nabi menolak syarart-syarat mereka, namun Bani Saqif yang terkenal sebagai golongan bijak pandai itu mengambil keputusan untuk bernaung di bawah pemerintah Islam.

"Dalam dakwah, ada masa kita berlembut dan ada masanya kita mesti tegas jika libatkan dasar. Justeru, tuan-tuan jangan bimbang, berdakwahlah nescaya Allah akan bantu dan memberi hidayah," katanya merujuk kisah seorang pendita yang berdialog dengan hanya seorang pengembala kambing berhubung dengan soal keimanan.

Lebih menarik, kisah yang berlaku selepas kerajaan khalifah Abbasiyah itu menyaksikan dialog di antara keduanya, hanya menggunakan bahasa isyarat dan akhirnya pendita itu memeluk Islam dan berjanji akan menyeru kaumnya juga untuk melakukan hal yang sama, kata Amran.

"Jika Allah berkehendak dan memberi bantuan, orang biasa seperti pengembala kambing pun boleh membuatkan seoarang pendita yang arif hal agama juga memeluk agama Islam. Maka berdoa-doalah bersungguh-sungguh dalam apa jua situasi yang berlaku, insya-allah Allah akan membantu kita," katanya dalam kuliah 45 minit itu.
Read On 0 comments

Video Rosmah: Polis siasat pemimpin PKR

Seorang pemimpin PKR mendakwa dihubungi dua anggota polis Cawangan Khas berhubung video yang memburuk-burukkan isteri perdana menteri, Rosmah Mansor yang kini tersebar luas di internet.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Badrul Hisham Shaharin berkata, beliau dihubungi mereka – dipercayai dari Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan – berhubung penerbitan video klip itu.
Iklan






"Saya kata, saya tidak tahu tentang penerbitan video itu. Saya dapat tahu pun selepas baca blog Selamatkan Umno dan Malaysia Today.

"Saya cuma muatkan balik dalam blog saya selepas itu. Terpulanglah kepada pembaca (untuk menilainya)," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Badrul Hisham berkata, beliau pertama kali dihubungi anggota polis Kuala Lumpur, yang dikenalinya, pada hari awal minggu lalu.

Sehari selepas itu, tambahnya, beliau dihubungi pula seorang lagi anggota polis cawangan itu dari Negeri Sembilan - juga dikenalinya - bagi mencari siapakah pihak di belakang penerbitan video itu.

Dalam perbualan telefon kira-kira sepuluh minit itu, Badrul Hisham berkata, beliau telah memberitahu pihak berkuasa bahawa beliau tidak terlibat dan tidak tahu-menahu pihak yang terlibat menerbitkan siri dokumentari pendek itu dalam bentuk video.

Malaysiakini minggu lalu melaporkan, sejak awal bulan ini, video itu memberikan label liar "perempuan puaka" terhadap isteri Datuk Seri Najib Razak.

Badrul Hisham juga berkata, dalam perbualan itu, beliau turut disoal sama ada mengenali ahli keluarga dan jiran Rosmah yang diwawancara dalam video itu.

"Sebagai orang negeri Sembilan, pernah terlibat dengan (aktivisme) belia di Sikamat, tentu saya kenal balu bekas speaker DUN (Datuk Ariffin Ali).

"Tetapi dia (Che Mah) tentulah tidak kenal saya.

"Macam saya kenal Najib, kalau tanya dia siapa Cikgu Bad, mesti beliau tidak tahu," katanya, sambil berkata dua polis tersebut sering menghubungi sebelum ini.

Diminta mengulas kontroversi video itu, Badrul Hisham berkata:

"Perkara itu tidak perlu penyiasatan polis. Ia cuma cerita sensasi yang tidak perlu (campur tangan) polis.

"Cukuplah orang yang terlibat menafikannya."
Read On 0 comments

Followers

 

© Copyright  2009